Friday, May 29, 2009

BORANG PERMOHONAN

DAFTAR SEGERA TEMPAT TERHAD

SISTEM PENGAJIAN

Sistem pengajian adalah mengikut muqarrar Maahad Qiraat al Azhar, Mesir. Program penghafazan dan pengajian matan-matan ilmu Islam yang akan mengambil masa selama lima tahun ini terdiri daripada Marhalah Tajwid (3 tahun) dan Marhalah 'Aliah (2 tahun). Pada Marhalah 'Aliah tahun ke 2 pel ajar akan menamatkan hafazan al Quran dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian seperti berikut.
.:. Darul Furqan, Syria
.:. Universiti a1 Bayt, Jordan
.:. Darul Mustafa, Tarim, Yarnan
.:. Maahad Qiraat, Syubra, al Azhar, Mesir
.:. Jumi'ah al Quran Ummu Durrnan, Sudan
.:. Mujamma' Islarniah Syeikh Ahmad Kuftaru Damsyiq, Syria
.:. Universiti Ahqaf, Yarnan
.:. DARUL QURAN, UKM, UM, USIM, UPM, VIA, UDM dU ..

SILIBUS PENGAJIAN

MARHALAH TAJWID (3 TAHUN)

1. NAIL AL RAJA' FI SYARH SAFINAH AN NAJAH
2. AQIDAHALAWWAM
3. QA WAID AL ASASIAH FI ULUM AL QURAN
4. TUHFAH AL ATFAL
5. MATAN AL AJRUMIAH
6. AL TIBY AN FI ADAB HAMLAH AL QURAN

MARHALAH 'ALlAH (2 TAHUN) • MENGIKUT SUKATAN PELAJARAN MAAHAD QIRAAT AL AZHAR

OBJEKTIF

  • Menyediakan saluran pendidikan hafazan al Quran kepada para pelajar yang mempunyai minat dan kesungguhan yang mendalam dalam bidang hafazan al Quran .
  • Memupuk minat dan memantapkan tahap keupayaan hafazan.
  • Membimbing para pelajar mencapai matlamat dengan cemerlang bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian atau universiti di dalam negeri atau luar negara .
  • Menyemai nilai-nilai murni dan akhlak mulia bagi memartabatkan perjuangan yang telah diasaskan Baginda Rasulullah~.

SYARAT KEMASUKAN

  • Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja (Umur minima 10 tahun)
  • Boleh membaca al Quran dan menulis jawi.
  • Berminat menghafaz al Quran.
  • Lulus temuduga

PENGENALAN

Pusat Hafazan Quran al Jazari ditubuhkan bagi melahirkan generasi al Quran yang bukan sahaja mampu menghafaz al Quran malah mempraktikkan isi kandungannya dengan kefahaman yang rasikh, Pusat ini telah beroperasi semenjak 18 Februari 2008 bertempat di NO.4, Jalan 5/S, Taman Tun Abdul Razak (TAR), 68000 Ampang. Selain memberi penekanan kepada hafazan al Quran, ia juga memberi tumpuan terhadap pelbagai disiplin ilmu Islam yang sepatutnya dikuasai oleh anak-anak muda masa kini seperti menghafaz Hadis Nabi ~ dan matan-matan ilmu Islam. Justeru penubuhan Pus at Hafazan Quran al Jazari amatlah bertepatan dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi melahirkan cendekiawan Islam dan Insan-insan beriman, beramal dan bertaqwa seterusnya menjadi generasi yang akan tampil sebagai pendakwah berkaliber dalam membangunkan modal insan.

Pusat Hafazan Quran Al Jazari