Pusat Hafazan Quran al Jazari ditubuhkan bagi melahirkan generasi al Quran yang bukan sahaja mampu menghafaz al Quran malah mempraktikkan isi kandungannya dengan kefahaman yang rasikh, Pusat ini telah beroperasi semenjak 18 Februari 2008 bertempat di NO.4, Jalan 5/S, Taman Tun Abdul Razak (TAR), 68000 Ampang. Selain memberi penekanan kepada hafazan al Quran, ia juga memberi tumpuan terhadap pelbagai disiplin ilmu Islam yang sepatutnya dikuasai oleh anak-anak muda masa kini seperti menghafaz Hadis Nabi ~ dan matan-matan ilmu Islam. Justeru penubuhan Pus at Hafazan Quran al Jazari amatlah bertepatan dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi melahirkan cendekiawan Islam dan Insan-insan beriman, beramal dan bertaqwa seterusnya menjadi generasi yang akan tampil sebagai pendakwah berkaliber dalam membangunkan modal insan.
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment